Web Development

Using any resource, idea, creativity to develop something new. This is my Portfolio.

The Castro (Barbershop)

Seri Kembangan, Selangor

Dec 22, 2019 04:00 pm |  489

1) PENGENALAN

The Castro adalah satu aplikasi berasaskan web untuk barbershop seperti menguruskan giliran, menguruskan tempahan online serta kewangan. Selain itu juga, The Castro terbahagi kepada 4 bahagian iaitu pengguna tanpa login, pelanggan, barber serta administrator. Ini kerana platform the castro dapat digunakan untuk tujuan pemasaran. Selain itu, memudahkan para pelanggan untuk mencari kedai gunting rambut dengan menjejak lokasi barbershop menggunakan platform The Castro. Selain itu juga, pelanggan dapat melihat jumlah pelanggan yang sedang menunggu giliran di platform the castro. The Castro telah berjaya memenangi beberapa pertandingan invosi dalam kategori ICT. The Castro dibangunkan semasa melaksanakan projek akhir di Politeknik Mersing, Johor dan Pensyarah Penyelia untuk projek the castro adalah Puan Suhana Binti Ismail.

2) ARKITEKTUR SISTEM
2.1: PLATFORM WEB

Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan Bahasa Pengaturcaraan PHP. Sistem ini menggunakan konsep Object Oriented Programming (OOP).

System: -
  • Programming Language: PHP 7.2
  • Database Support: MYSQL
  • UI: Bootstraps
  • TEMPLATE: Bootstrap 4
  • Mobile Mode: YES
  • Customization: YES.
2.2: PANGKALAN DATA

Pangkalan data yang dibangunkan akan menggunakan pangkalan data MySQL. MySQL adalah perisian sumber terbuka tanpa melibatkan kos tambahan Perisian. Berikut adalah ciri-ciri dan arkitektur pangkalan data MySQL:

  • Relational Database Management System (RDBMS)
  • Mudah untuk digunakan dan dikendalikan
  • Selamat untuk digunakan
  • Client/ Server Architecture
  • Muat turun secara percuma
  • Berskala
  • Serasi pada kebanyakan operating systems
  • Membolehkan transaksi roll-back
  • Prestasi tinggi
  • Fleksibiliti tinggi
  • Produktiviti tinggi

3) PAPARAN ANTARAMUKA
Share on

More from Web design